Monday, June 7, 2010

Strategi Pemasaran Produk Yang Menipu Pengguna : Sistem Koyak & Menang

KES TERBARU BERLAKU PADA 05HB JUN 2010 @ BOOTH BERHADAPAN CARREFOUR MID VALLEY MEGAMALL, KL.

Kejadian yang berlaku ini membuka mata saya untuk menulis di dalam blog ini. Tujuan utama untuk berkongsi pengalaman yang telah berlaku dan mungkin ianya membantu mereka yang lain.

Saya dan suami pun sebenarnya tidak pernah terlibat / terjerumus masuk ke dalam mana2 peraduan gores & menang, koyak & menang, siat & menang, duduk,koyak separuh & menang atau yang lain2 yang seangkatan dengannya. Kalau ada promoter nak bagi free gift pun memang saya pandang sbeelah mata jek sambil angkat sebelah tangan tanda tak aperlah...terima kasih jelah ekk!!!

Tetapi hari itu..dah memang nasib ketentuan Tuhan..dari niat cuma nak survey harga barang eletrikal untuk rumah baru tetapi akhirnya menjadi satu mimpi ngeri yang akan saya ingat sampai bila2 sebagai peringatan di dalam hidup.

Produk yang berharga ribu riban memanglah mahal tetapi memandangkan promoter tu siap kata produk dari Italy membuatkan ianya menjadi seperti yea..."that price is worth for imported product".

Hmmm...balance kesabaran yang masih ader ni lah yang dapat membantu saya dari menggunakan ayat yang menyumpah seranah malaun2 yang bertudung ni...

Ni adalah karangan ayat yang saya nak hantar ke Tribunal Pengguna ;


Pada tanggal 5hb Jun 2010 kira-kira jam 6:45ptg, saya sekeluarga pergi berbelanja barang keperluan dapur di Carrefour Mid Valley,KL. Setelah selesai berbelanja keperluan dapur, dalam perjalanan menuju keluar dari pasaraya besar tersebut saya ternampak sebuah booth yang menjual induction cooker serta beberapa peralatan eletrik yang lain seperti microwave oven, air purifier, water pruifier, juice blender, ionizer dan cookware set.Kebetulan memang pada hari itu saya berniat sekali untuk ’survey’ beberapa barangan eletrik untuk keperluan rumah baru kami di Shah Alam nanti. Kebetulan terpandang booth tersebut diluar, saya pun berniat untuk tanya berapa harga bagi barangan elektrik tersebut tanpa ada niat membeli pun terlebih dahulu. Apabila kami bertanya mengenai harga, seorang promoter bertudung bernama Sue meminta saya duduk dan beliau akan menerangkan lebih lanjut lagi tentang induction cooker tersebut. Setelah selesai penerangan tentang penggunaan induction cooker beliau menerangkan pula tentang penggunaan microwave oven pula. Siap buat demonstrasi boleh goreng keropok hanya dengan celup dalam air. Promoter itu juga mengatakan produk ini adalah daripada Itali. Selain penerangan mengenai produk, beliau turut menunjukkan iklan produk AREZZO didalam majalah Keluarga serta menunjukkan kepada saya beberapa keping kupon yang terdapat diskaun RM100, RM200 dan paling tinggi pun RM300..malahan terdapat juga kupon yang membolehkan customer dapat juice blender secara percuma beserta diskaun RM100. Nampak seperti saya kurang berminat untuk membeli barangan mereka, beliau meminta saya dan suami mengisi satu form untuk mendapatkan 2 hadiah percuma berupa sun shade dan recycle bag. Saya pun niat dalam hati lepas isi form ni, dapat barang percuma lepas tu bolehlah balik. Sedang saya menulis form tersebut, promoter tersebut memberi 2 kotak hadiah percuma tersebut disamping 4 keping kupon yang di’seal’ dan meminta saya membukanya pada ketika itu juga. Nilai di dalam kupon itu hanya akan diketahui setelah saya membukannya..satu kupon dibuka oleh suami saya dan terdapat diskaun bernilai RM300, kupon ke-2 dan ke-3 dibuka oleh saya dengan nilai diskaun RM100 & RM200. Kupon yang ke-4 juga dibuka oleh saya namun sealnya telah dikoyak separuh oleh promoter tersebut. Di dalam kupon yang ke-4 tersebut menunjukkan saya memenangi AREZZO microwave oven yg bernilai RM3099 disamping baucer RM100. Promoter ini kelihatan sangat terkejut kerana setahu beliau, tiada hadiah percuma "buy 1 free 1 microwave oven". Kalau ada pun sebelum ini hanyalah kupon “buy 1 free 1 juice blender” sahaja. Salah seorang dari mereka mempersoalkan nilai kupon tersebut. Beliau terus panik dan seakan-akan terkejut dan terus membuat panggilan telefon kepada Manager yang dipanggilnya ‘Miss’ dan menyatakan mustahil ada hadiah percuma seperti itu dan mungkin juga tersilap cetak. Promoter itu memberi handphonenya kepada saya untuk saya bercakap sendiri dengan Managernya (daripada suara yang saya dengar ianya seorang perempuan Cina). Dia bertanyakan samada saya ataupun saudara mara saya pernah membeli produk mereka sebelum ini disamping menyuruh saya membacakan kepadanya nombor VIP yang tertera pada belakang kupon tersebut. Namun perbualan selepas itu agak kurang jelas kerana talian terputus-putus lalu saya menyerahkan kembali handphone kepada promoter tersebut. Mereka pun berbual kembali. Dalam hati saya merasa amat teruja sebenarnya maklumlah barang baru import dari Itali lagi untuk rumah baru kami nanti. Tetapi saya tidaklah menunjukkan melalui ekspresi muka. Memandangkan suami saya ketika itu pun berdiam sahaja saya pun menganggapnya sebagai tanda setuju darinya. Selalunya kalau barang-barang yang agak mahal ni suami saya berfikir dua tiga kali sebelum membeli..mungkin suami pun pasti produk tersebut dari Itali maka ianya sangat berbaloi. Saya dan suami bertambah yakin bahawa memang kami pelanggan yang bertuah pada hari itu.

Selesai panggilan, promoter yang ada disitu siap berkata itu mungkin rezeki saya dan baby saya kerana belum pernah lagi orang lain memenangi barangan seperti yang saya menangi pada hari itu. Kalau ada pun setakat menang juice blender aje. Alasan lain yang diberikan promoter tersebut adalah kemungkinan pihak atasan tidak mahu beritahu pada mereka tentang kupon seperti ini kerana dikhuatiri mereka akan memberi kupon tersebut kepada orang2 yang mereka kenali atau memberikan kepada individu tertentu sahaja. Selanjutnya, untuk penebusan hadiah percuma tersebut saya diminta untuk membeli mana-mana produk dengan diskaun RM100.

Memandangkan ini seperti rezeki kami kerana memenangi hadiah percuma bernilai RM3000++ dan juga seperti kata promoter tersebut belum pernah orang lain memenanginya sebelum ini maka saya terus membeli AREZZO Induction Cooker yang bernilai RM3899 namun selepas diskaun RM100 saya hanya perlu membayar RM3799 + hadiah percuma. Promoter itu terus-terusan mengatakan ini adalah rezeki saya dan jangan lepaskan peluang seperti ini. Saya membayar jumlah tersebut dengan menggunakan kad kredit Maybank. Promoter itu turut menerangkan saya akan mendapat VIP Card sekiranya point melebihi 5000 disamping akan mendapat diskaun 20%. Memandangkan point saya telah melebihi 5000 maka saya layak untuk mendapat barangan lain dengan diskaun 20%. Maka pada masa yang sama promoter itu menarik minat saya untuk membeli Air Purifier pula yang bernilai RM3099 namun selepas 20% diskaun saya hanya perlu membayar RM2479.20. Yang menariknya sekali lagi, bukan diskaun 20% sahaja malahan saya akan mendapat satu lagi produk secara percuma iaitu 15pcs Cookware Set yang bernilai RM3099. Pada masa itu saya merasakan diri saya benar-benar seorang yang bertuah. Sekali lagi saya membayar dengan menggunakan kad kredit MBF pula dengan nilai sebanyak RM2479.20.

Selepas itu suami saya sendiri mengambil kotak 15pcs Cookware Set untuk diletakkan ke tepi sebelum diletakkan ke atas troli. Promoter tersebut membuka kotak tersebut untuk pemeriksaan produk dan sekali lagi di dalam kotak tersebut terdapat satu lagi kupon. Setelah dibuka kupon tersebut tertera saya mendapat diskaun RM888 pula dan hanya sah pada hari itu sahaja. Aduh..!! sekali lagi rasanya seperti tidak percaya juga tetapi pada masa yang sama juga rasanya hari itu betul2 rezeki saya. Sekali lagi promoter itu juga seperti tidak percaya lantas menghubungi Manager nya sekali lagi. Sekali lagi juga saya diminta untuk bercakap sendiri dan Manager nya meminta saya membacakan nombor VIP yang tertera pada belakang kupon tersebut. Selesai panggilan dibuat, promoter itu menyarankan saya untuk membeli AREZZO Dr.Aqua Water System pula yang bernilai RM2699 namun selepas diskaun RM888 saya hanya perlu membayar RM1811 sahaja. Malahan saya akan terus mendapat status VIP member dengan keistimewaan mendapat “spare part warranty” secara percuma untuk kesemua produk. Sekali lagi dengan penuh teruja untuk menempatkan kesemua produk yang kononnya buatan Itali itu di rumah baru saya nanti, saya pun membayar untuk produk tersebut dengan menggunakan debit kad Maybank suami saya pula dengan jumlah RM1811. Pada masa yang sama promoter tersebut turut mendesak untuk saya membuat “extend warranty” 3 tahun bagi ketiga-tiga barangan tersebut iaitu microwave oven,induction cooker serta air purifier dengan nilai RM300 bagi setiap satu produk. Makanya, untuk ketiga-tiga produk tersebut saya perlu membayar RM900. Sekali lagi bayaran dilakukan dengan menggunakan debit kad Maybank suami saya.

Setelah selesai kesemuanya, selepas itu 2 orang promoter bertudung tersebut yang sememangnya dari awal hingga ke akhir mereka yang melayan kami iaitu Sue & Anoy membantu kami sekeluarga untuk menghantar barang2 yang kami beli hingga ke kereta kami.

Barangan yang kami beli kami simpan terlebih dahulu kerana untuk digunakan untuk rumah baru kami nanti. Pada malam itu saya terus membuat online survey mengenai produk AREZZO ini. 1st saya guna search engine dengan menaip AREZZO induction cooker terus keluar senarai, klik pada laman web rasmi AREZZO (http://www.arezzo.com.my). Dalam web tersebut memang tersenarai kesemua jenis produk beserta harganya sekali…harga yang tertera memang betul dan sama seperti di booth. Oklah..tapi bila saya baca mengenai about us company tersebut..produk tersebut bukannya dari Itali seperti yang dikatakan promoter tersebut tetapi produk tersebut adalah dari Malaysia. Huhh!!..rasanya harga tersebut tidak berbaloi bagi produk seperti itu kerana terdapat banyak lagi produk import lain yang jauh lebih murah, berkualiti malah jenamanya dikenali ramai. Tak boleh jadi ni maka saya terus search engine dan taip induction cookware rm3000..sekali keluarlah segala macam kes yang sebijik sama seperti apa yang berlaku kepada saya yang kononnya pemenang bertuah.

Nampak gaya macam ni jangan haraplah saya nak guna produk AREZZO. Ya..mungkin..mungkinlah produk mereka berkualiti, tak ada masalah teknikal, disahkan oleh SIRIM bagai, tetapi memandangkan teknik mereka yang terang-terangan menipu pengguna membuatkan saya begitu tawar hati, geram, menyampah, segala jenis perasaan yang kalau boleh nak tengok company ni BUNGKUS jek secepat yang mungkin. Pada masa yang sama, saya terfikirkan mereka2 yang online macam saya ni bolehlah dapat tahu hal AREZZO yang penipu ni tetapi bagaimana pula dengan mereka yang tak / tak tahu nak online..jadinya mereka2 ini tak tahu yang mereka telahpun ditipu.

Jadi sebenarnya hadiah yang dikatakan julung-julung kali yang dimenangi oleh kami telah lama terkena kepada ramai orang juga. Oleh yang demikian itu bukanlah bertuah namanya. Aduan mereka2 yang pernah terlibat mahupun yang terselamat antaranya telah saya rujuk di laman web tersebut;


1) http://arezzo-products.blogspot.com/

2) http://attoch.blogspot.com/2010/04/surat-kepada-tribunal.html

3) http://mamakhaliff.blogspot.com/2010/03/aku-hampir-ditipu.html

4) http://devilishskool.wordpress.com/2010/01/18/weekends/


Justeru itu aduan ini dilakukan atas dasar kami ingin memulangkan barangan yang kami beli kerana kami yakin syarikat tersebut telah menggunakan taktik jualan yang menganiaya pembeli ala-ala sindikit gores dan menang dengan mekanisme yang berbeza. Walhal, kami boleh mendapatkan produk yang sama malah lebih berjenama dari produk AREZZO dengan harga yang lebih berbaloi di tempat lain. Oleh yang demikian, secara ringkasnya kami membuat aduan ke tuntutan tribunal pengguna ini atas sebab-sebab berikut ;


1) Kami berasa teraniaya dengan taktik jualan yang telah digunakan oleh syarikat tersebut yang mirip kepada gores & menang ;


2) Kami berasa tertipu dengan harga dan buatan produk yang ditawarkan kerana produk yang sama di tempat lain lebih berpatutan harganya, dijamin kualitinya serta jenama yang gah di pasaran dan dikenali oleh semua pengguna ;


3) Kami didesak untuk menerima promosi yang ditawarkan dengan mengumpan hadiah percuma ;


4) Kami rasa diperdaya yang kononnya kami adalah pelanggan yang bertuah dan tidak pernah ada pelanggan lain lagi yang dapat tawaran istimewa seperti kami walhal sebenarnya sudah ramai pelanggan yang memilikinya dengan modus operandi yang sama namun di tempat yang berbeza ;


5) Kami rasa tertindas dimana kesemua yang disebutkan diatas bahawa kami sebagai pengguna mempunyai hak untuk mengembalikan produk2 tersebut dalam keadaan baik dan tidak pernah digunakan lagi untuk mendapatkan semula wang kami tanpa sebarang susut nilai atau tanggungan kerugian.


6) Kami rasa bertanggungjawab untuk melaporkan aduan ini dengan harapan yang tinggi supaya pihak berwajib dapat mengambil tindakan undang2 kepada syarikat ini dengan segera. Kami tidak mahu ada lagi pengguna lain yang akan tertindas dengan strategi pemasaran mereka yang terang-terangan menipu pengguna.







* Blog ini ditulis untuk mendapatkan respons dari mereka2 yang pernah / hampir menjadi mangsa AREZZO PENIPU mahupun yang terselamat dari menjadi mangsa...kepada yang selamat alhamdullillah. Need to share the exprience with others..
* Kalau ada lagi blog lain yang berkaitan tetapi tidak tersenarai...please list it here to share with others.

6 comments:

  1. ape cer slps tribunal..get ur money back!?kongsilh pengalaman kat blog http://arezzo-products.blogspot.com/

    :)

    ReplyDelete
  2. saya pun baru mengalami kes sama mcm mcm awak..di giant shah alam seksyen 13...
    kupon free gift convention...demonstrasi masak papadam guna oven tu..die kata tak penah tgk voucher free gift..bg saya cakap ngan manager diorg...
    tanya kad kredit ape saya pakai...bayar berapa jer..paling bertuah die kata dapat free satu lagi yg pencuci sayur ozon tu...tapi yang hairan tu...dalam kad voucher tu tak tulih valid bila sampai bila, tp bila i request nk tanya hubby hari ni, esok br dtg balik, die kata tak boleh..
    ada customer kt mid valley tgh tunggu offer tu..ada kuota2..tak bg i tepon hubby, sbb kbyakan hubby nnt kata jgn, tipu jer. die hasut i, i mampu beli punya, tak payah tanya..(sebab dlm form yg dia isi tu i bgtau la i engineer)...i insist gak nk tepon, die pulak insist tunjuk mcm2 resit ramai org dah book..rm10 ringgit pon ada...
    tp yg hairannya..bile tanya bayar mcm mana, kalo credit ansur2 bayar, dapat barang terus, kalo tunai ansur2 bayar, bila dah habis br dpt..tak pe la, tp nk book brg kena tempah awal2..sebab take 7 months utk brg ada..permintaan ramai...bila i cakap i beli dapur rubine...die boleh kata tak kenal, tak berjenama...adoyai, biar betul..produkt itali tu..
    i pon tepon hubby i..die kata tak yah lah..i pun ikut..
    promoter2 tu kata, ayyo...rugi betul la u...ada rezeki, tapi u tolak...
    balik2, tgk internet search arezzo, jumpa u punya blog...i rs thankful sgt to Allah and u for all the details information..

    ReplyDelete
  3. assalam..sy pn baru terkena ahad lps..sebijik ceritenye..semalam g cancel tp diorng knakan cas 20%..suh gak byr lau x xdpt full payment..cam ne nk wt ni ek..

    ReplyDelete
  4. Ayuyusmar: Tahniah!! sbb anda seorg isteri yg solehah..patuh pada nasihat/arahan suami... pasti ada hikmahnya klu patuh pada suami tercinta..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah selama sy pakai produk arrezo ok je. mak sy pun dh sihat minum air tapis Dr Aqua tu. mmg lah tuhan yg beri kita kesihatan. tp syukur lah mak dah tak payah g hospital. sy masak pn senag. berbaloi lah beli brg mahal2. jgn sebab nila setitik rosak susu sebelanga yea...

    ReplyDelete
  6. mak saya pun dah kene 2 tahun leps. mcrowave rice cooker sume kejap je dah rosak . bila call nak hantar servis sume hilang entah kemana . mase tu kami kene dekat mydin mitc melaka . sabar je lahh . Sanggupnya diorangg . habis duit dalam akaun ibu saya lesap macam tu je

    ReplyDelete